SPLIT (2017) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal SPLIT (2017)

Trending

SPLIT (2017)

Hi korang! Pada selasa lepas Kak Bell berpeluang join premiere screening untuk movie 'SPLIT' di TGV One Utama. Kebetulan menang 2 tiket percuma dari KLIPSMY, so haruslah pergi menonton. Lagipun memang Kak Bell suka pergi tengok wayang pun. Sebelum ni pun ada je dapat tiket but masa selalu tak ngam. So, tak dapatlah pergi menonton. Btw, untuk pengetahuan korang cerita ni mula tayang kat panggung hari ni pada 19 Januari 2017. Baru ada masa nak post kat sini. Tak adalah Kak Bell nak tulis tentang plot cerita. Cukuplah lite-lite je bagitahu kat korang tentang filem ni, barulah enjoy korang menonton nanti kan.


Cerita SPLIT ni ditulis dan diarah oleh M. Night Shyamalan dan di tag bawah kategori Thriller/Horror movie.Sebelum-sebelum ni cerita bawah pengarah ni seperti 'The Sixth Sense', 'Unbreakable', 'Signs' dan 'The Last Airbender'. Umum kalau tengok cerita dia ni, hujung-hujung dia mesti tak paham. Pelakon utama lelaki ialah James McAvoy, yang bawa watak professor-X masa muda dalam The X-men sekuel.

Kaedahnya, 3 orang remaja ni diculik oleh lelaki yang berpenyakit DID (dissociative identity disorder). Kevin dalam cerita ni ada 24 personaliti yang berbeza. Dalam semua personaliti tu, hanya ada beberapa personaliti yang menonjol dari yang lain. Kak Bell perasan ada 7 personaliti yang menonjol seperti Dennis, Patricia (presenting as female), Hedwig (nine year old boy), The Beast, Kevin Wendell Crumb dan Barry (homosexual character). Sekejap2 dia akan pergi tukar baju ikut karektor yang dominan pada masa tu lah. So, bubudak yang kena culik ni kene yakinkan salah satu dari 23 personaliti tu untuk bebaskan diorang keluar sebelum personaliti terakhir yang ke 24 (The Beast) muncul supaya budak2 tadi boleh lari dan survive. Macam tu lah sinopsis nye. Hehe. Btw, gigih yer pakai heel untuk watak Patricia tu! Kecik kaki dia kan.


Cerita "Split" ni bukannya cerita scary pun, ceritanya psiko thriller. Keseluruhan cerita ini adalah menarik. Lakonan dari semua pelakon pun ok dan baik especially pelakon utama lah sebab berjaya bawakan watak dalam pelbagai personaliti. Lakonan Anya Taylor-Joy pun ok. Btw, tak rugilah tengok cerita ni. Hari tu jugak, terserempak jugak dengan kawan lama time belajar dulu. Blogger Rawlins Glam. Bolehlah klik website dia kat www.byrawlins.com Kay selamat menonton. Bye

Berapa bintang nak bagi? : 8/10


Belanja gambar Kak Bell
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post