Cara Buat Resepi Nasi Lobak Mudah Sedap - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Cara Buat Resepi Nasi Lobak Mudah Sedap

Trending

Cara Buat Resepi Nasi Lobak Mudah Sedap

Hi korang! Atas permintaan peminat, hari ni Kak Bell share resepi nasi pula. Disebabkan kerajinan yang melampau, Kak Bell masak menu nasi lobak atau nasi carrot. Bukan masak nasi je, sekali dengan side dishes sekali ye. Sekali harung masak ayam masak merah dan acar mentah. Barulah lengkap hidangan nasi lobak Kak Bell harini. Macam nak buat kenduri pulak ye. Bakal suami nak makan, so kena masak sedap-sedaplah kan! Hehe.


Nasi lobak ni dah banyak kali juga Kak Bell buat. Masa awal2 pembabitan dulu, teragak-agak juga dengan sukatan air. Kadang- kadang lembik, kadang- kadang tu ada yang tak masak rata. Ada yang jelantah. So, dah beberapa kali cuba, Kak Bell dah confirm dah sukatan air yang sesuai supaya nasi korang nanti masak dengan cantik. Untuk resepi ni, Kak Bell ikut resepi Chef Hanieliza.

Bahan A
3 cawan beras
3 cawan air*
1 mangkuk lobak merah (potong dadu)
1/2 cawan susu cair (krimer sejat)
1 sudu besar stok ayam Maggie
atau 1 kiub pati ayam
3 helai daun pandan
Garam secukupnya

Bahan B (bahan tumis)
3 sudu minyak sapi
1 paket kecil rempah kurma
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Untuk lobak ni, ikutlah nak sagat or nak potong macam mana. Kalau gigih, potonglah dadu macam ni yer. Nak buat bentuk bunga ke pentagon ke pun boleh. Gigih kan?


Bagi bahan tumis pula, Kak Bell manual chop je bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia. Malas nak mayang halus-halus. Mudah aje kan pakai chopper.


Cara membuatnya:
1) Panaskan minyak sapi dalam kuali dan tumis semua bahan kisar tadi.
2) Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma dan kacau hingga pecah minyak
3) Masukkan 1 cawan air (sukatan pot nasi yang diguna), stok ayam, susu cair dan garam secukupnya. Biarkan mendidih seketika.
4) Kemudian masukkan lobak yang dah dipotong dadu tadi.
5) Masukkan bahan tumis dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Tambahkan baki lagi 2 cawan air untuk masak nasi.
6) Bila nasi dah kembang, kacau rata supaya semua bahagian masak dan tak berkerak.


**Kalau pakai 3 cawan beras, pakai 3 cawan air yang sama. Nak lebih sikit pun boleh. Sikit je takut nasi menjadi lembik. Lepas cuci beras, toskan sekejap sebelum dimasak.


Okay tak nasi lobak Kak Bell? Elok je bercerai nasinya kan.

Sebelah kuali menumis untuk masak nasi lobak, satu kuali lagi tengah buat ayam masak merah. Nak cepat kan. Kalau nak resepi ayam masak merah klik sini ya > Resepi Ayam Masak Merah Tomato Cherry. Tapi ayam masak merah hari ni, versi simple je. Goreng ayam separuh masak, tumis cili blend, masukkan garam then letak ayam dah digoreng tadi. Siap!



Gigih juga siapkan jelantah. Potong bahan agak-agak, Then curah je cuka, gula dan garam. Resepi klik sini yer > Jelantah aka Acar Mentah


Yeay! Berjaya jugak misi hari ni siapkan semua hidangan. Lepas memasak, gigih melaundry pulak. Kain tak berlipat lagi tu, terus menaip blog pulak. Kay lah korang. Dah lewat malam. Selamat mencuba resepi nasi lobak ni yer. Harap-harap menjadi yer. K bye.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post