Telinga Kucing Bengkak (Ear Hematoma In Cats) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Telinga Kucing Bengkak (Ear Hematoma In Cats)

Trending

Telinga Kucing Bengkak (Ear Hematoma In Cats)

Hi uolss. So harini nak cite pulak penyakit telinga bengkak (hematoma). Cik Lucy ni memang sejak dari awal bela memang ada macam2 masalah dan penyakit. Bulu pun baru je nak tumbuh balik lepas buat lion cut, then datang pulak penyakit lain. Kak Bell perasan, lepas dia beranak datang semula penyakit kegatalan dia tu. Ada tanya vet, katanya mungkin memang baka Cik Lucy ni antibodi nye lemah sebab dah makan ubat pun sama je. Tak apalah, nanti mama follow balik yer apa masalahnya. 

Di sebabkan masa tak mengizinkan, lepas seminggu baru bawak dia pergi dapatkan rawatan. Kebetulan pada hari yang samalah kejadian serang menyerang dan perang di antara dorang semua ni. Habis telinga ko nak macam alien dah rupanya!

Telinga Kucing Bengkak (Ear Hematoma In Cats)

Apa Itu Hematoma?

Pengumpulan darah atau cecair pada cuping telinga kucing akibat salur darah di telinga pecah. Cairan/darah akan mengisi ruang di kawasan bawah kulit telinga dan tulang rawan telinga dan menyebabkan bengkak.

Penyakit ni boleh menyerang semua peringkat umur kucing dan perlukan rawatan. Jika tak di rawat akan menyebabkan kecacatan seumur hidup yang dikenali sebagai “telinga kobis” atau “cauliflower ear”. Alien tak nama dia?

Telinga Kucing Bengkak (Ear Hematoma In Cats)

Di antara sebab hematoma ialah kutu telinga (ear mites), hama, kutu, alahan ataupun jangkitan pada luar cuping telinga yang menyebabkan kucing menggaru2 telinga atau menggoncangkan kepala dengan ekstrem dan menyebabkan salur darah di telinga pecah. Jika cairan tersebut adalah darah, maka disebut sebagai 100% hematoma telinga.

Rawatan Hematoma /Telinga Kucing Bengkak

Jika situasi tu tidak serius, veterinar akan pecahkan gelembung dan mengeluarkan semua cairan yang terkumpul. Antibiotik dan ubat bengkak akan disuntik utk mempercepatkan proses penyembuhan.

Bagi kes hematoma yang serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi membuang lendiran dan darah yang terkumpul melalui belahan kecil pada tempat yang di jangkiti. Jika perlu, E-collar (Elizabeth collar) akan dipakaikan bagi mengelak si comel menggaru kawasan yang dirawat. Selain itu, punca berlakunya hematoma telinga akan dikenal pasti dan dirawat bagi mengelakkan pengulangan kes.

Telinga Kucing Bengkak (Ear Hematoma In Cats)

Bagi kes Lucy ialah 100% hematoma telinga dan surgeri kecil perlu di buat. So, kena warded sehari dan balik keesokan harinya. Dia kena 3 jahitan, dan belahan kecil tu di biarkan sembuh sendiri. Setiap hari, kena paksa makan ubat dan kene keluarkan cairan yang akan terkumpul pada telinga Lucy. Memang mencabarlah, sebab dia ni memang kuat meronta. Bayangkan nak picit dan telinga dia yang sakit tu untuk keluarkan cairan tu!

Telinga Kucing Bengkak (Ear Hematoma In Cats)
Belahan kecil untuk keluarkan cairan

Telinga Kucing Bengkak (Ear Hematoma In Cats)

Walaupun dan buat hari2 seperti arahan vet, telinga Lucy masih bengkak dan luka pun dah sembuh. So, dah tak dapat nak keluarkan cairan tersebut. Kak Bell terus bawak pergi vet berhampiran untuk check-up. Vet cakap memang luka dia dah sembuh dan vet nasihatkan dapatkan semula dengan vet sebelum ni sebab Lucy operate kat tempat lain. Vet cakap, bengkak tu akan surut but telinga dia akan tak cantik lah. Memula tak pakaikan collar, then bila dah pakai kesian pulak dia tak makan tak minum.

Kebetulan, tarikh nak bukak jahitan jatuh pada hari raya haji. So kena posponed lah appoinment dengan veterinar. Jangan kau kena operate lagi, then tak de orang nak masuk meminang sebab "telinga kobis"! Harap semua oklah. Doakan Cik Lucy dan Kak Bell yer. So sadlah!

Telinga Kucing Bengkak (Ear Hematoma In Cats)


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post